Photobucket Photobucket

Friday, 17 June 2011

History, Mystery, Gift

sebelum aku memulakan, ingin aku membukakan tajuk dgn lafaz Bismillahirrahmannirrahim dan sebuah ungkapan dari Master Uguay. character dari filem animasi Kung Fu Panda.


ini karakternya jika korang tak kenal dia.


"Yesterday is history. Tomorrow is mystery. Today is a gift. That's why its called the Present"-Master Uguay
ungkapan tersebut ada kaitan dgn citer yg aku nak sampaikan ni. topic utama : Mystery Awek mogok dgn aku. nak tau citer penuh ? jom kita layan citer aku kat bawah ni.


Yesterday is history
apa yg da lepas, anggap tu sebagai pengalaman yg pernah kau harungi. kenangan ada pelbagai jenis. yang manis, pahit, masam, masin, tawar, macam-macam lagi. apa yg berlaku antara kau dgn dia sudah pun berlalu. anggaplah ia sebagai suatu kesilapan yg kau takkan ulangi. tiada gunanya kau ungkit dan mengingati semula tentang perkara itu. 

Tomorrow is mystery
tiada siapa melainkan Allah S.W.T yg maha mengetauhi akan apa yg akan berlaku pada esok harinya. kita takkan tau apa yg akan berlaku esok tetapi kita boleh agak-agak je. ramalan, sangkaan kita pun bukannya selalu tepat. mungkin suatu tragedy yg tidak akan kita melupakan akan berlaku. mungkin juga akan berlakunya sesuatu yg kita akan mengingati sehingga akhir hayat. apa-apa pun, kita takkan tau. apa yg kita boleh buat, kita hanya boleh mengharapkan yg terbaik. 

Today is a gift. That's why it's called the present
jika kau masih bernafas lagi dimuka bumi ini, anggap lah ia sebagai hadiah kerana kau masih lagi mempunyai banyak peluang dalam hidup. 

so apa citer sebenarnya ni ? Mystery Awek mogok kat aku sebab aku masih berkawan dgn ex dia. tadi kita text. tiba-tiba dia ungkit cerita pasal ex dia. dia tanye aku, aku suka berkawan dgn ex dia atau tidak. katanya, jika jawapan aku ya, byebye katanya. jawapan aku kepada soalannya adalah ya.

wahai Mystery Awek tersayang,
ex kau adalah kawan baik aku. kami kenal sejak dari umur kami 12 tahun lagi dan kami amat rapat sejak demikian. banyak yg telah kita harungi dan banyak juga kita telah melalui. apa salahnya kalau aku berkawan dgn dia ? ada aku kacau ketenteraman kau ? tak de kan ? ataupun selama aku texting dgn kau ni, kau anggap tu sebagai aku kacau ketenteraman kau ? kalau kau fikir begitu, aku minta maaf sebab aku kacau kau dan aku takkan buat lagi. aku akan tinggalkan kau sorang-sorang dan aku akan pergi jauh-jauh. Anis, kalau dia memang fikir sebegitu i nak ikut you terbang jauuuuuuuuuuhhhh boleh ? 

wahai Mystery Awek tersayang,
tiada siapa yg memijak muka bumi ini selain kau yg dapat menggantikan tempat kau. jika ada, aku tarik balik kata aku tadi. aku amat menyayangi kau. aku ingin meminta ampun maaf atas tersilap kataku. maaf sangat-sangat. bukan aku tak sengaja, tetapi kau nak aku menjadi seorang yg ikhlas, jujur dan taat. aku takkan melanggar perintah kau walau pape pun sebab aku sayangkan kau. amat-amat sekali. sekali lagi aku minta maaf sebab aku tersilap kata. 

p/s : kalau kau fikir selama ni aku membuang masa kau, aku juga ingin meminta maaf.

assalamualaikum


press Like :)

1 comment: