Photobucket Photobucket

Thursday, 2 June 2011

Lewat

baru berapa hari cuti. rase mcm sekejap je. kenapa ehh ? kalau hari sekolah rasa mcm lame je ? pelik -_-

lama gak sejak kali terakhir aku buat post. so post ni kira post saje-saje. cerita tak banyak nak share, begitu juga dgn pengalaman. cuti ni pun cikgu bagi pakej percutian. kepada pakej percutian, korang jgn risau, aku takkan sentuh korang. aku ni pemalas. korang tau jela aku ni mcm mane en ? pemalas pun, rajin lak aku karang post :)

so hari ni, baru tadi aku dari Times Square. Apek (sepupu Adlie) panggil aku brader KL. gerak sane sorang diri tanpa teman. sedih, kesian :( tak de sape nak teman aku. then tibe-tibe Adlie ajak aku men snooker. mcm biase, aku kalah so kena lah bayar. nasib baek RM8 je. Isnin minggu depan dia ajak aku gi Karaoke. tadi aku tengok wayang cerita X-men First Class. tgok citer tu pun sorang-sorang. tak de teman so tak berapa layan.



skang ni, aku baru sampai rumah dlm pukul 6. aku belum solat Asar lagi. Zuhur ditinggalkan :) so time aku sembahyang tadi ade org call aku. tengok fone, rupa-rupanya awek tu yg call aku. so aku call dia balek,

Awek tu : Hello, Assalamualaikum.
Aku : Waalaikumussalam.
Awek tu : Amir, aku nak tanye ni. duit kau biler kau nak balek ? aku nak bayarkan.
Aku : Kan aku da cakap, tak yah bayar. Aku da halalkan.
Awek tu : Laa, jangan mcm tu laa, aku da susahkan kau bg aku duit tu, lagi kau nk buat mcm ni.
Aku : Kau tak de susahkan aku. aku sendiri nak bg duit ni kat kau. tak de susah-susah. lgpun aku tak perlu sgt duit tu skang. aku halalkan je. kau tak perlu ganti.
Awek tu : Ehh , Adlie tu dia dah tukar number ehh ?
Aku : Ha'ah dia tukar nombor dia yg dia guna kat asrama.
Awek tu : Ouh, kirim salam kat dia ehh ? okey lah Amir, aku busy sikit ni. Len kali aku berbual dgn kau. Bye. Assalamualaikum.
Aku : Waalaikumussalam.

wahh, senang kau hidup. baru sekarang kau nak contact aku sedangkan dulu aku cuba dgn sedaya upaya aku untuk contact kau tak dpt. baru sekarang kau nak cari aku dgn Adlie tapi dulu kau abaikan kitaorg. kau layan kitaorg mcm patung. kau hanya nak layan kitaorg biler kau rasa kau nak. senang kau hidup yea ? tak pe. itu cerita sudah lama, saya dapat tau dari Facebook *ayat citer Kongsi :D. tidak perlu diungkit.

memandangkan ini cuti, aku selalu tidur lambat. kadang-kadang tak tidur pun. 24 jam aku pacak. Nescafe nye pasal la ni. malam-malam buta, time korang tidur, aku selalu berfikir panjang. nak tengok TV, tak de cerita best. nak men game, sume game yg aku men da complete. nak online, tak de sape yg aku bleh layan. so aku hanya berfikiran panjang. banyak yg aku berfikir. dari keadaan hidup aku sekarang hingga lah ke perancangan masa depan. kira berfaedah gak la ni aku tak tidur en ? :P kalau aku memang bosan/tak de kerja, aku hantar text kat Mystery Awek :) text yg biase,
"I hope you're having a good sleep rite now 'cause I can't sleep no matter what. I tried, but failed. so I'm just gonna send you a text in the middle of the night to tell you that I'm bored n I sorta had a thought of you. weird rite ? :D so if you're reading this, Good Morning. how was your sleep ? did you had a good dream ? tell me 'bout it. btw, I wanna be the first one to wish you a Good Morning. when you're reading this, I'd probably be sleeping already :)"
aku dgn  Mystery Awek bertutur dlm Bahasa Inggeris. maklumlah, dia dgn family dia pun ber'speaking'. selalunya text dia laa yg selalu memenuhi memory fone aku ni. da laa fone aku fone murah. tak bleh simpan text banyak-banyak. rugi. tak dapat simpan kata-kata dia yg indah terhadap aku :) ehh, gedik pulak aku ni. malu laa. tak bleh laki bergedik :D


anyways,
itu sahaja yg aku nak ceritakan. esok aku akan pergi bercuti ke Terengganu. home of the Keropok Lekor ! my favorite ! :) Mystery Awek je yg akan teman fone aku ni. so, akhir kata, kepada yg tgh enjoy bercuti tu, enjoy it while last. school is up for another week. kepada yg bosan, cari laa mase untuk korang luangkan bersama family, kawan dan lain-lain.


until then, take care. bye ! assalamualaikum :)
press Like :)

2 comments: