MA,
gelaran yg diberi oleh Aqeela kepada seseorang insan yg aku mencintai dan menyayangi. Gelaran tersebut diberi dengan tujuan untuk merahsiakan identiti sebenar MA. Dia sangat istimewa bagiku. Susah untuk aku menjalankan hidup seperti biasa jikalau aku tak dapat jumpanya.
MA,
seseorang yg aku amat mencintai dan menyayangi setelah kian lama kami berkenalan tetapi dia tak pernah berasa begitu terhadap aku. Aku terima, aku redha, aku faham, dan aku sedar. Kita takkan bersama walau apa jua keadaan kerana aku tahu, aku tak layak menerimamu. Aku tak layak menerima seseorang insan yg begitu sempurna. Aku cuma manusia yg mempunyai hati dan perasaan seperti org lain.
MA,
aku takkan jadi milik kau walau apa jua keadaan. Kau carilah seorang lelaki yg lebih bagus dari aku dan kau hidup bahagia lah dengan dia. Aku memang takkan jadi org berkenaan. Usahlah kau risau tentang aku. Aku pandai jaga diri.
MA,
kau takkan tau betapa sakit rasanya bila aku nampak kau layan lelaki lain dengan mesra. Aku boleh buat apa ? Aku tak ada hak pape kalau aku ingin menghalang kau pun. Susah untuk aku mengawal perasaan cemburu aku apabila melihat kau bermesra dgn laki lain. Itu hak kau dan aku takkan ganggu.
MA,
aku suka bersembang dgn kau. Tak kira dalam fon masa kami tengah ber-sms atau kami bersembang, berborak seperti kawan biasa. Ramai kawanku tanya tentang kita, aku cuma jawab "kami hanya kawan baik." Sakit juga rasanya untuk aku berkata demikian.
![]() |
Aku nak bagi kau hati aku. Jaga elok-elok. Kau simpan lah hati aku ni. Sampai masa bila aku jumpa pengganti kau, aku nak mintak balik. |
Sekian terima kasih. Assalamualaikum
awwww :') hopefully she reads this post . yeah , we have the same feeling , tuk . whenever lion is with her i feel so hotttt :|
ReplyDelete