Minggu lepas aku ada pinjam buku ni dari MA tersayang. karya novel William Shakespeare yg berjudul Romeo & Juliet berkisah tentang 2 insan yg saling mencintai semasa sendiri tetapi dihalang oleh keluarga masing-masing.
dalam buku ni ada 2 perspektif jalan ceritanya. pada 78 muka surat yg awal, Juliet Capulet menceritakan kisah dia berjumpa Romeo Montague dan kejadian yg berlaku sehubungan dengannya. nak tau cerita selanjutnya ? korang cari dan belilah buku ini. aku tak nak spoil apa-apa sebab bagi aku, buku ini menarik kepada sesiapa sahaja yg gemar membaca novel cinta.
perspektif kedua - drama. selepas tamat cerita Juliet, kisah selanjutnya kemudian dicerita dalam format drama. drama ni mengisah banyak tentang perkahwinan Juliet dgn Paris #bukan Paris Hilton :P , hubungan Juliet dgn Romeo, conflict antara keluarga Capulet dan Montague dan berbagai lagi. gaya bahasa yg digunakan dalam drama ini adalah gaya bahasa Old English. contohnya, Thou, Thee, Thy. kepada yg tak berapa familiar dgn Ye Olde English tu akan berasa agak susah untuk memahami dialogue mereka.
selain aku dpt tau full story tentang Romeo & Juliet, aku juga dpt mengenali character-character lain dalam kisah Romeo & Juliet seperti,
Nurse - rakan Juliet yg rapat dengannya.
Mercutio - rakan kepada Romeo
Tybalt - anak saudara kepada Lady Capulet
dan banyak lagi..
aku juga dapat mengenali bahasa English yg ditutur oleh orang zaman Shakespeare contoh ;
Thou hast : You have
What hast thou ? : What do you have ?
dan banyak lagi..
kebanyakan gaya bahasa diaorang aku tak faham, tetapi aku agak-agak je apa yg diaorg cuba nak sampaikan ;)
aku amat mengesyorkan buku ni kepada sape-sape yg suka membaca novel cinta. kepada yg tak beberapa faham Old English, pandai-pandai la korang cuba cari maksudnya :)
p/s : Khamis ni, jangan lupa ;))
p/s/s : ramai org tak caye aku baca buku ni -_-
p/s/s/s : sorry kalau review aku tak berapa okey. aku tak berapa pandai buat ulasan tentang buku. lebih-lebih lagi, aku jarang baca buku ;)
p/s/s/s/s : itu hari da kantoi MA bace blog aku. so skang kene cover line sikit :D
sekian terima kasih. assalamualaikum :)
No comments:
Post a Comment