Puteri,
ada orang kata golongan kerabat raja. ada orang kata nama. ada juga orang masih teringat nama ini daripada watak yg dipegang oleh Nora Danish dalam drama bersiri 'Puteri.' Puteri yg aku ceritakan disini tidak termasuk golongan kerabat raja atau watak yg dipegang tetapi Puteri ini adalah namanya.
*mungkin ada antara kalangan korang, pembaca setia blog aku ni kenal Puteri yg aku maksudkan disini. diam-diam jela ehh ? simpan untuk kita-kita aje ;)
Puteri,
seorang gadis yg lain daripada yg lain. jika dibandingkan dgn gadis-gadis lain yg aku kenal, Puteri ini memandangku dari sudut yg berbeza dgn sudut gadis lain aku kenal dan berkawan. katanya, jika mereka mengenali diriku dgn lebih mendalam, mereka pasti akan terharu. Puteri selalu pandang aku dari kelemahan aku. time aku tengah sembang dgn dia, tidak kira sama ada dalam fone, face-to-face, time tu aku terdedah sepenuhnya terhadap dia. kelemahan, kesengseraan, kesakitan aku semuanya jelas terhadap dia tetapi dia selalu memberikan motivasi dan semangat untuk aku mengatasi semua itu.
Puteri,
hatinya sudah pun dimiliki oleh jejaka idamannya. siapa lagi kalau bukan Putera ? hatinya tidak mampu untuk aku memiliknya oleh kerana hatinya begitu istimewa dan tak ternilai. hati seorang puteri hanya boleh diterima oleh hati seseorang putera yg ingin mencintainya dgn ikhlas.
Puteri,
seminggu aku tak jumpa kau. rindu kau yg teramat. kali terakhir aku jumpa kau pada hari Jumaat minggu lepas. kau ucapkan "Selamat Hari Raya" kpd guru kau. bercakap tentang Raya, seronok kau beraya tahun ni ? kalau kau tanya aku, sejak aku terima ucapan Raya dari kau, baru aku rasa lega dan agak seronok beraya. sepanjang hari raya itu, aku hanya menunggu ucapan dari kau. tanpa ucapan itu, aku takkan dapat beraya dgn senyuman.
Kata-kata terakhir, perasaan aku terhadap Puteri masih terpendam dalam hatiku yg lemah ini. tak lama lagi, insyaAllah bila aku jumpa pengganti kau, perasaan itu akan dibuang jauh.
sekian terima kasih. assalamualaikum
No comments:
Post a Comment